Monday, 26 September 2016

Petua nak ajar kucing supaya tak berak merata-rata ~ Klik Disni

Tags

Petua nak ajar kucing supaya tak berak merata-rata

Assalamualaikum guysss.. Hari nie saya nak kongsi petua camna nak ajar kucing supaya lebih berdisiplin. Supaya dia tak berak merata-rata lagi.. Memang ada cara keras.. iaitu ambil penyapu dan pukul atau halau dia.. tapi tak elok tau buat camtuh.. Rasullullah s.a.w. pun cukup sayangkan kucing. So, kita pun kena lah berhemah dalam berdepan ngan kucing tak berdisiplin nie…

Ambil sebatang lidi.  sama ada  lidi daripada penyapu lidi atau pokok kelapa.. lepas tu anda ukur lidi itu pada ekor kucing. Ambil ukuran daripada buntut kucing sampai ke hujung ekor.  Kemudian patahkan batang lidi itu ikut ukuran tadi. Yang selebihnya buang.

Dengan menggunakan lidi yangg ikut saiz ukuran tadi, ketuk-ketukkan kepala kucing tuh dua tiga kali dan tunjukkan kat tempat dia berak tuh.. Buat gaya macam cikgu disiplin tengah pegang rotan dan ajar murid-murid yang nakal. hehehe..

Cakap dengan kucing itu supaya jangan lagi berak di tempat yang anda tunjuk tadi dan tunjukkan pada kucing anda, di mana tempat yang dia boleh berak.. contohnya di kotak pasir yang anda sediakan atau di tepi parit ke atau seangkatan dengannya. hehehe..

Lepas itu dengan lidi itu juga cuit sikit tahi yg kucing anda berak dan letakkan kat hidung dia, biar dia hidu.. InsyaAllah, paling banyak dalam 3 kali anda buat begitu.. lepas itu kucing anda tidak akan berak lagi kat tempat asal..

ATAU

Sepertimana yg anda tahu, kucing biasanya akan berak di tempat yg sama.  So, bila dah kenal pasti lokasi strategik itu, cuba letakkan benda tajam contohnya cucuk batang lidi atau apa-apa benda lagi yg korang boleh fikir.. di tempat kucing anda berak.. Next time bila kucing anda datang lagi di tempat tadi, baru jer dia nak melabuhkan punggung terus tercucuk.. Sure dia tak jadi nak membuang hajat kat tempat tuh dan terpaksa cari tempat lain pulak.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.