Friday 23 September 2016

Petua Rambut Wangi (Wanita Bertudung) ~ Klik Disini

Tags

Petua Rambut Wangi (Wanita Bertudung)

#Assalamualaikum guysss.. Kali ni saya nak kongsi 1 petua untuk mewangikan rambut, Cuaca panas yang berlaku di negara kita  boleh jadi salah satu punca rambut gadis bertudung mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Mana tidaknya, peluh dan bau yang terperangkap di dalam tudung boleh membuatkan anda tidak senang duduk! 

#Walaupun tidak ada yang tahu dan sedar anda berdepan dengan masalah rambut yang berbau, tetapi tindakan anda yang kerap tergaru-garu kepala, pening kepala dan resah membuatkan rakan sekeliling mula mengesyaki masalah anda. 

#Buktikan pada rakan-rakan bahawa memakai tudung tidaklah membebankan. Menerusi entri ini, kami berikan anda tip bagaimana mengelak rambut gadis bertudung berbau. 

#Anda tidak perlu memikirkan syampu apa yang sesuai dengan anda kerana kebanyakan pengeluar produk semakin maju sehingga ada mengeluarkan syampu khusus untuk gadis bertudung. Pastikan kandungan syampu yang dibeli adalah keluaran halal, mengandungi bahan semula jadi dan dipercayai. 

#Tidak ada salahnya jika anda mengamalkan petua orang dulu-dulu untuk merawat rambut berbau dan kulit kepala yang gatal. Menggosok limau purut pada kulit kepala setiap hari bukan saja mengurangkan rasa gatal kulit kepala tetapi mengurangkan kelemumur. 

#Apa yang penting, elak mengenakan tudung sekiranya rambut masih basah. Biarkan rambut kering sepenuhnya supaya wap rambut basah tidak terperangkap. Syampu saja tidak mencukupi sebaliknya sapu masker rambut sekali seminggu. Jangan lupa urut kepala kerana kulit kepala juga perlu bernafas! 

~ Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share. ~