Petua untuk mencuci barang kemas
Ini ada petua untuk mencuci barang kemas termasuk emas dan permata supaya ia kekal bersinar.
Sebelum tu kena sediakan beberapa benda berikut: besen kecil, kain linen, berus gigi (lama) yang lembut dan pati teh.
Memula sekali masukkan pati teh ke dalam besen. Kemudian rendam barang-barang kemas ke dalam besen berisi pati teh tadi selama lebih kurang 2 jam. Kalau tak mahu pakai pati teh, boleh juga diganti dengan air sabun. Tapi jangan letak banyak sangat sabun tuh sebab takut kesan menghakisnya kuat sangat pula nanti… manalah tahu kan. Tempoh rendaman tu pula seeloknya lagi lama lagi bagus… eloknya biar jer semalaman.
Selepas dah cukup masa direndam, keluarkan barang kemas tu satu persatu (kalau ada banyak ler… hehe..) sambil memberus atau gosok dengan berus gigi lembut. Berus dengan rata dan cermat untuk memastikan tak ada lagi kotoran yang tertinggal. Selepas tu barulah dibilas dengan air bersih sambil memberus sekali lagi dengan cermat.
Bila dah selesai angkat dan letak kat atas kain linen (atau guna kertas tisu lembut) yang telah dibentang. Biar ia kering dengan sendiri sebelum disimpan kembali dalam peti harta karun. Dengan cara ini barang kemas akan nampak lebih berkilau dan kelihatan seolah-olah baru dibeli.
Kenapa… tak percaya ke..!? Kalu tak percaya pergilah beli yang baru dan bandingkan dengan barangan kemas yang telah korang bersihkan dengan petua ni.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Terima kasih kerana membaca artikal ini, Dipersilakan share.