Monday, 26 September 2016

Punca Dan Petua Elak Sembelit ~ Klik Disni

Tags

Punca Dan Petua Elak Sembelit

Assalamualaikum guysss.. Kali ni saya nak kongsi sedikit tentang punca dan petua elak sembelit.

Antara sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
  1. Kurang serat dalam diet.
  2. Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
  3. Pengambilan ubat-ubatan.
  4. Susu, kalau terlalu banyak sangat minum.
  5. Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  6. Penyalahgunaan julap. Selalu sangat makan julap, akhirnya kalau tak makan julap tak leh nak buang air besar.
  7. Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
  8. Kekurangan air. Tahi keras.. tersekat!
  9. Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  10. Masalah dengan kolon dan rektum.
  11. Masalah dengan fungsi usus i.e. sembelit kronik yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya sembelit berpunca daripada pemakanan yang kurang baik.

Petua mudah untuk mencegahnya ssembelit :
  1. Makan pelbagai jenis makanan yang banyak serat seperti kekacang, bijirin, buah dan sayur-sayuran segar.
  2. Amalkan minum banyak air.
  3. Elak tabiat menahan untuk membuang air besar

Bagi mereka yang ada masalah sembelit atau susah nak buang air besar elok cuba petua ni.

Petua Mudah Buang Air Besar
  • Cari beberapa biji pisang abu. Bakar pisang tu dengan kulit-kulitnya sekali dengan api yang kecil. Bakar hingga ia masak dan nampak kehitaman kulitnya. Bila dah agak suam sikit, buka kulitnya dan makan pisang yang telah dibakar tu.

Amalkan makan pisang bakar itu ketika masih suam setiap hari. Ia dikatakan dapat membantu sistem pelawasan badan dan memudahkan untuk membuang air besar.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi petua yang lebih bail untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share.. Terima kasih