Monday 26 September 2016

Resepi Masak Lala Tanpa Tumis Pedas ~ Klik Disini

Tags

Lala Tanpa Tumis Pedas

Resepi Masak Lala Tanpa Tumis Pedas

Assalamualaikum guyssss... kali ni saya akan sediakan resepi mudah dan sempoi untuk masak Lala. Tak perlu nak tumis, hanya basuh dan terus rebus. Cuma untuk tambahkan rasa, kena letakkan serba sedikit 'rencah'. Ini salah satu makanan yang saya suka, kalau lauk ini, silap2 2kali saya tambah nasi.. haha..

Bahan-Bahan
  • Sekilo Lala
  • 2 cawan air
  • Sebuku bawang besar
  • Seinci halia
  • Sebatang serai dititik
  • 5-6 biji cili kering
  • 2-3 biji cili api
  • Kicap cair atau kicap mee
  • Garam (jika perlu)

Cara Memasak
  • Mula-mula sekali anda kena rendam dan cuci Lala. Basuh dengan air dan kemudian toskan.
  • Sediakan kuali dengan air sebanyak 2 cawan.
  • Masukkan Lala.
  • Tunggu sehingga Lala mendidih dalam kuali.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris kasar, halia yang dipotong kecil, cili kering yang dipotong kecil dan cili api.
  • Gaulkan campuran sehingga sekata.
  • Masukkan serai.
  • Masukkan 2 sudu kecil kicap cair atau boleh gunakan kicap mee.
  • Sebatikan semua.
  • Cuba rasa 'kuah' yang ada. Jika perlu tambah garam.

Siap... Mudah dan sempoikan? huhuhu..

Oh ya, jika anda rasa tak yakin dengan rasa, bolehlah tambah perasa rahsia..hehe 

Resepi ini akan hasilkan rasa Lala yang manis tetapi pada masa sama ada rasa sedikit pedas dan masin daripada kicap. Jadi, anda tidak perlukan pencicah, boleh terus makan bersama dengan nasi panas.

Sempoi kan? Anda kena cuba resepi masak Lala tanpa tumis pedas ini. Sure menyelerakan.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.