Saturday 10 September 2016

Tanda-tanda awak (ister) sudah memiliki suami yang terbaik ~ Klik Disini

Tags

Tanda-tanda awak sudah memiliki suami yang terbaik


Walau pun seorang suami itu tidaak memiliki semua sikap ini tapi syukurlah jika suami itu ada sebahagian besar ciri ini. Lagi pun semua orang tak sempurnakan.

Anggaplah awak wanita yang bertuah kerana memiliki lelaki yang terbaik untuk jadi pasangan hidup yang mungkin diidamkan oleh semua wanita.

1- Dia masih cuba memenangi hati anda

  • Walaupun sudah sah memiliki awak sebagai suri hidupnya tapi dia terus menambat hati awak. Dia suka memuji, memberi hadiah dan suka keluar berdua seperti waktu bercinta.


2- Dia meminta nasihat awak

  • Meski punya kuasa veto tapi dia tetap meminta nasihat awak sebagai isteri dalam banyak perkara. Bukan sekadar mendengar tapi mempraktikkannya kerana menghargai awak..


3- Dia memuji awak di hadapan orang(kawan)

  • Dia menghargai awak dan meluahkannya kepada mereka yang dekat dengannya.


4- Dia suka pegang tangan isteri

  • Sama ada ketika keluar makan, shopping dia senang memegang tangan awak. Ia adalah salah satu bahasa tubuhnya untuk memberitahu ‘saya mengambil berat tentang awak’.


5- Dia tidak menonton cerita lucah

  • Intimasi hanyalah bersama awak dan bukannya dengan orang lain atau menonton filem lucah.


6- Dia buat kerja kotor

  • Suami tahu tanggungjawabnya di rumah, dia tak kisah membasuh tandas, mencebok anak atau membersihkan stor rumah.


7- Dia menikmati masakan isterinya

  • Walaupun kurang sedap tapi suami tetap makan dan menghargai apa yang dihidangkan oleh isteri.


8- Dia ketawa mendengar lawak awak

  • Dia tidak terlalu serius, awak boleh berbual dengan apa saja dengannya malah dia boleh ketawa terbahak-bahak mendengar cerita kelakar atau lawak awak.


9- Dia jaga hubungan dengan Tuhan

  • Dia tahu kewajipan agama dan juga kewajipan sebagai ketua keluarga. Dia membimbing awak dan anak dalam hal agama.


Macam mana adakah ciri-ciri ini ada pada suami anda?  Mesti ada kan, kalau tak semua tak mengapa. Bukankah kita dan suami ditakdirkan bersama untuk saling melengkapi kekurangan masing-masing
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jom share, moga artikal ni memberi manafaat untuk semua..