Thursday 8 September 2016

Tanda-Tanda Awal Kemungkinan Seseorang itu Menghidap Penyakit Buah Pinggang. ~ Klik Disini

Tags

10 Tanda Awal Anda Menghidap Penyakit Buah Pinggang


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Hai guyss.. Hari saya nak kongsi 10 tanda2 awal seseorang itu menghidap penyakit buah pingang.

~ Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?

~ Untuk mengetahuinya jom kita lihat tanda2 awal penyakit buah pinggang yang ingin saya kongsikan di bawah. ~


1) Kekerapan pembuangan air kencing
  • Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing sama ada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
2) Mengalami keletihan yang melampau
  • Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
3) Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan
  • Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk berfungsi.
4) Mengalami kegatalan yang teruk
  • Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
5) Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda
  • Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
6) Mengalami loya dan muntah-muntah
  • Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7) Berasa sejuk sepanjang masa
  • Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
8) Kesukaran untuk bernafas
  • Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
9) Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
  • Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
10) Kerap berasa pening kepala
  • Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jom share untuk sahabat2 yang lain, semoga bermanafaat untuk semua.