Wednesday 7 September 2016

Tanda-Tanda Hati Mati " Na’audzubillah minn dzalik " ~ Klik Disini

Tags

10 Tanda Hati Mati


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Hai semua, uollsss sihat ke?? harap-harapnya uollsss sentiasa sihat.. aminn.. Hari ni saya nak kongsi sedikit tanda-tanda hati mati..
Hati adalah milik Allah SWT, kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah SWT dalam kehidupannya


TANDA-TANDA HATI MATI ADALAH :
  1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya
  2. Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahNya
  3. Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
  4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya
  5. Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya
  6. Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  7. Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya
  8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya
  9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri
  10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.

Na’audzubillah minn dzalik
Subhaanakalloohumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaaha illaa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik..
SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKANSEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.