Tuesday, 13 September 2016

TIPS MENEGUR SALAH ANAK-ANAK ~ Klik Disini

Tags

CARA MENEGUR KESILAPAN ANAK-ANAK


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Hai guysss.. ok.. kali ini saya nak kongsi sedikit tips cara menengur anak2 yang buat silap.. Anak-anak yang kerap dimaki hamun atau dicerca akibat melakukan kesilapan akan menjadi susah untuk diasuh atau dibela. Mereka akan menyimpan perasaan dendam dan akhirnya akan memusuhi ibubapa sendiri. Sepatutnya teguran yang diberikan kepada anak-anak hendaklah disampaikan dengan lemah-lembut dan betas kasihan. Bagi tujuan ini, perkara-perkara berikut mungkin boleh difikirkan :

  • #1. Sering mengawal perasaan dengan meyakinkan diri bahawa pendekatan maki hamun tidak akan mendatangkan kesan yang membina kepada pembentukan peribadi anak-anak.


  • #2. Usahakan supaya sistem komunikasi dua hala menjadi amalan keluarga khususnya di antara ibu bapa dan anak-anak.


  • #3. Sedarilah bahawa anda tidak akan menjadi lebih popular di kalangan anak-anak sekiranya maki hamun menjadi pilihan untuk mendidik mereka.


  • #4. Berusahalah menyelami perasaan anak-anak di samping belajar mengetahui bisikan hati mereka.


  • #5. Belajarlah cara-cara yang paling berkesan untuk mengekang sifat marah, baran dan cepat naik angin.


P/S : Kepada ibu-bapa haruslah membaca artikel ini. Kerana mungkin dapat membantu anda dalam mendidi anak-anak anda. Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)