Wednesday 7 September 2016

Wanita wajib tahu untuk elak daripada menarik perhatian Perogol. ~ Baca Disini

Tags

Elakkan daripada menarik perhatian Perogol

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Semua orang wajib baca artikel ini khususnya buat semua gadis di dunia ini.

Apakah Tabiat Yang Mengundang Perogol?

Satu kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan perogol di dalam penjara tentang perkara yang mereka aim (baca : lihat) pada mangsa yang berpotensi untuk dirogol.

@Beberapa fakta menarik untuk dikongsi bersama:@

@1- Stail Rambut

Perkara pertama yang perogol akan tengok pada mangsa adalah stail rambut.
Mereka lebih memilih untuk mencari perempuan yang berambut tocang, bersanggul dan ber’braid’ atau lain-lain stail rambut yang mudah untuk dicapai dengan tangan.
Mereka lebih mengejar perempuan yang berambut panjang. Perempuan berambut pendek selalunya tidak menjadi target perogol

Muslimah (Perempuan Islam) diwajibkan memakai tudung.
Nah, ini lah hikmahnya Allah suruh pakai tudung. Tak percaya?
Sila rujuk Al quran di rak anda itu, cuba selak Surah An- Nur.
Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

@2- Pakaian

Perkara kedua yang lelaki perhatikan adalah pakaian.
Perogol akan mencari perempuan yang memakai pakaian yang mudah untuk ditanggal.
Kebanyakan daripada mereka membawa bersama gunting untuk memudahkan kerja mencarik pakaian.
Sebab tu kita kena pakai baju yang labuh dan longgar bukannya ketat lagi nipis.
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

@3- Leka

Perogol juga mencari perempuan yang sedang leka menggunakan telefon bimbit, khusyuk mencari barang dalam purse atau lain-lain aktiviti yang dilakukan semasa berjalan disebabkan oleh kelekaan (off guard) dan senang untuk dikalahkan.

@4- Tempat Kebiasaan Perogol / terjadinya kejadian penculikan / serangan ke atas wanita ialah
  1.  Tempat parking kedai runcit.
  2. Tempat parking pejabat/garaj.
  3. Tandas awam.

Lazimkanlah diri anda wahai wanita dengan Ayatul Kursi, semoga dalam lindungan Allah selalu dari mula langkah pertama kita keluar dari rumah hingga pulang kembali.

@5- Masa Yang Diperlukan

Seperkara lagi tentang lelaki-lelaki ini, mereka menanti untuk menculik perempuan dan cepat-cepat pindahkan dia ke tempat yang selamat daripada ditangkap.
Jikalau anda terus bertindak melawan dalam apa bentuk cara sekalipun, mereka akan terus berputus asa dan dalam beberapa minit perogol ini akan sedar terlalu banyak masa diambil dan tidak berbaloi untuk terus mengejar anda.

@6- Senjata

Perogol-perogol ini menyatakan mereka tidak akan memilih perempuan yang di tangan mereka mempunyai payung atau lain-lain alat yang serupa dengannya dan boleh digunakan dalam suatu jarak tertentu.
Anak kunci tidak berkesan kerana anda perlu berada sangat dekat dengan penyerang untuk menggunakan kunci sebagai senjata.
 Maka, mereka hanya akan menganggap usaha anda tidak akan berjaya.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)