Monday 10 October 2016

KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN ~ Klik Disini


KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN SETIAP PAGI 

1. Apabila orang yang lapar membaca surah yassin maka akan hilang laparnya

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian

3. Jika orang belum mendapat jodoh maka ia akan mendapat jodoh

4. Jika dibaca ketika ia ketakutan maka akan hilang takutnya

5. Jika terpenjara akan dibebaskan

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya

7. Jika ia tersesat lalu membacanya, maka ia akan ditunjukkan tempat yang ditujunya

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya

9. Jika orang yang dahaga membacanya, akan hilang rasa hausnya

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, ia akan terhindar dari penyakitnya

11. Rasulullah SAW bersabda :
“sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Qur’am itu ialah Yassin, sesiapa membaca surah yassin, niscaya Allah menuliskan pahalannya Seperti pahala membaca Al-Qur’an sebanyak 10 kali
12. Sabda Rasulullah SAW :
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah yassin pada setiap hari, turunlah beberapa Malaikat berbaris bersama Malaikat Maut, Mereka berdoa meminta dosannya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”

13. Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca yassin, sehingga datang Malaikat Ridwan dari Syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan kedalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah SAW bersabda selanjutnya :
“sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jum’at dibaca pada rakaat pertama surah yassin dan rakaat kedua tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang dari pada ahli rumahnya tetapi sesiapa Yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik”
jangan buat amalan ini hanya semata-mata untuk nikmat dunia saja, sebaliknya jadikan amalan ini untuk meraih keridhoan Allah SWT

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan.. Mohon tegur sekira apa yang saya share ini ada salah..