JENIS MINUMAN YANG BERKHASIAT
SUSU- Makanan semulajadi yang sempurna kerana ia mengandungi banyak khasiat. Ia merupakan sumber utama kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi. Sumber utama vitamin B yang memberi tenaga. Ia juga mengandungi mineral zink yang diperlukan untuk pembesaran yang normal bagi bayi dan kanak-kanak. Pilih hanya susu skim atau semi skim untuk elakkan bertambah berat badan. Pilih susu lemak berkrim jika anda ingin menambahkan berat badan.
AIR PUTIH
- Ia tiada kalori, tiada kafein, tiada kolesterol dan tiada gula. Tiada yang lebih baik melainkan segelas air sejuk. Ia membersihkan sistem tubuh dan membantu tubuh menyerap vitamin dan mineral.
JUS OREN
- Hanya secawan sudah memadai untuk keperluan vitamin C dan tubuh. Ia juga mengandungi sejumlah potasium yang berguna untuk mengekalkan tekanan darah yang normal dan membantu tubuh menyerap zat besi daripada makanan.
JUS LOBAK MERAH
- Ia mengandungi sumber utama beta-karotin yang dipercayai boleh membantu mencegah beberapa jenis penyakit kanser. Tubuh juga berupaya menukarkan beta-karotin kepada vitamin A yang penting untuk mendapatkan penglihatan mata yang terang. Ia juga menjadi sumber fiber untuk membantu merendahkan kolesterol darah dan mencegah sembelit.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.