Tuesday, 18 October 2016

Resepi Ayam Bungkus ~ kilk disini

Tags


Resepi Ayam Bungkus. 

Bahan A 
  • Kepingan isi ayam sederhana lebar 
  • 2 sudu kecil serbuk lada putih 
  • 1 sudu kecil kicap pekat 
  • 1 sudu kecil madu 
  • sedikit garam 
  • Bahan B 
  • 1 sudu besar minyak masak 
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus 
  • Bahan C (yang telah dipotong kiub kecil) 
  • 1 mangkuk baby carrot 
  • 1 mangkuk cendawan butang 
  • 1 mangkuk bawang besar 
  • 2 sudu besar oyster sauce 
  • garam

Bahan D (Dipotong besar) 
  • Bunga kobis 
  • Capcicum 
  • Baby corn 
  • Cherry Tomato 
  • Brocolli 
  • Lada Hitam - dikisar kasar

Bahan A 
  • Gaul semua bahan dan diperap di dalam peti sejuk selama 1/2jam - 1 jam 
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. 
  • Masukkan bahan-bahan C (carrot, cendawan, bawang, oyster sauce). Gaul sebati. 
  • Masukkan garam secukup rasa. Ketepikan. 

Keluarkan bahan A 
  • Ambil sekeping isi ayam dan bentukkan supaya ia boleh diisi dengan inti - samada digulung/dilipat/dikon etc. 
  • Masukkan bahan gorengan dalam kepingan isi ayam tadi dan kepilkan dengan lidi pencucuk supaya intinya tidak tumpah keluar. Ulangi hingga habis kepingan isi ayam. 
  • Susunkan kepingan isi ayam tadi ke dalam mangkuk oven. Susunkan Bahan D dikelilingnya, tambah 1/2 cawan air dan tutup dengan aluminium foil. 
  • Bakar dalam oven selama 1/2 jam. Keluarkan dan tanggalkan aluminium foil tadi. Masukkan kembali ke dalam oven selama 15 minit atau sehingga daging ayam masak. 

Siap untuk dihidang

Boleh dimakan bersama nasi atau begitu sahaja