Thursday 27 October 2016

Resepi Pecal Jawo Wak

Tags


Resepi Pecal Jawo

BAHAN-BAHAN (Sayur Pecal):
  • 2 pokok kangkung | dicelur
  • 2 batang kacang panjang | dihiris kecil dan dicelur
  • 1 batang timun | dihiris memanjang
  • 2 ketul tauhu | digoreng dan hiris
  • 2 paket tempe | digoreng dan hiris
  • 1 genggam taugeh

BAHAN KUAH:
  • 150 gm kacang tanah
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci isi cekur (jika mahu)
  • 1 inci belacan, dibakar
  • 1 1/2 sudu besar udang kering | direndam dan toskan airnya
  • 10 tangkai cili kering | dikerat dan cuci, toskan
  • 10 - 15 biji cili padi (jika mahu)
  • Jus asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK KUAH:
  1. Sangai kacang tanah sehingga rangup dan buangkan kulitnya. Kisar hancur.
  2. Goreng pula udang kering bersama bawang merah dan bawang putih. Kemudian angkat dan toskan.
  3. Kemudian goreng cili kering dan cili padi dan tos minyak. Kisar semua bahan kecuali kacang tanah, garam dan gula.
  4. Tumis bahan kisar sehingga garing dan masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata sehingga kuah masak.

CARA MENYEDIAKAN PECAL:
  1. Hiris nipis semua sayur dan bahan-bahan lain.
  2. Susunkan di dalam bekas yang sesuai. Gaul rata dengan kuah kacang ketika ingin dinikmati.

Selamat mencuba & Dipersilakan share.