Monday 28 November 2016

Doa Untuk Dijauhkan Daripada Mendapat Aib


Doa Untuk Dijauhkan Daripada Mendapat Aib(Rumi)

Allahummastur 'auraatii
wa'aamin raw 'aatii
Waghfirlii zunuubii

Maksudnya:
“Ya Allah, tutuplah keaibanku (auratku) dan tenteramkanlah ketakutanku, dan ampunilah segala kesalahanku (dosaku).”
(^)Kekurangan diri seorang mukmin merupakan ujian mukmin yang lain. Sesama mukmin seperti satu tubuh. Ada kaitan yang begitu kuat. Jika salah satu bahagian tubuh sakit, yang lain pun ikut sakit. Cela pada diri seorang mukmin, bererti cela pula buat mukmin yang lain.

(^)Setidaknya, ada dua ujian buat seorang mukmin ketika saudaranya terlibat dengan aib. Pertama, kesabaran untuk menanggung keburukan secara bersama. Siapa lagi yang layak memberi nasihat dan arahan kalau bukan saudara sesama mukmin. Kerana dialah yang lebih faham seperti setakat mana daya tahan keimanan saudaranya sesama mukmin. Sabar untuk senantiasa menegur, mendekati, dan memberi nasihat dan jalan penyelesaian. 

(^)Segala penulisan di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya. Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.