Thursday 10 November 2016

Petua Tok Abah Hilangkan Bau Pada Blender Dengan Limau Nipis


Petua Tok Abah Hilangkan Bau Pada Blender Dengan Limau Nipis

Sekiranya blender (pengisar) anda berbau bawang atau cili, anda masih boleh merasakan keenakan jus dengan menggunakan blender sana. Cuma, bau tersebut perlu dihilangkan terlebih dulu.

Cara-caranya, anda hanya perlu ada limau nipis 3 atau 4 biji. Hiris limau nipis dan masukkan ke dalam blender, kemudian masukkan air. Kisar blender tersebut. Kemudian basuh blender macam biasa. Anda akan dapati bau pada blender dah hilang. Kini anda dapat mengisar jus minuman dan rasanya pun lebih enak.....cuba ya

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.