Friday 16 December 2016

6 Tips Dari Datuk Sheila Majid Untuk Kekal Cantik Remaja

Tags


(.)Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid sentiasa awet muda bagai tak dimamah usia kan guyss?? Meniti angka 47 tahun, kejelitaan wajah dan ramping tubuhnya menyebabkan ramai wanita seangkatan usianya angkat tangan'. Hehehe..

(.)Dalam ramai wanita seusianya mengeluh tubuh badan mulai menggelebir, jelapang wajah mulia dihinggap jeragat, namun tidak kepada Datuk Sheila Majid.

(.)Jelas figura terkenal itu, setiap insan tidak boleh menolak `hukum' pertambahan usia, termasuk perubahan bentuk tubuh badan, lantaran melalui pelbagai proses termasuk fasa kehamilan dan kelahiran.

(.)Mustahak bagi setiap individu, menghargai kecantikan diri dengan memelihara kulit dan kesihatan diri mengikut regim sempurna serta konsisten.

(.)"Sejak remaja, saya tidak ada masalah kulit. Cuma baru-baru ini, jerawat mula tumbuh. Saya cepat mencari penawar memastikan masalah jerawat tidak berlarutan supaya tidak menjejaskan kecantikan kulit.

(.)"Dari segi kesihatan, saya konsisten bersenam tiga kali seminggu selain mengikuti kelas pilate. Bagi saya wanita dan ibu adalah idola kepada anak. Kita perlu tunjukkan contoh terbaik kepada mereka dalam pelbagai segi termasuk menjaga kecantikan dan kesihatan," kata Datuk Sheila Majid.

(.)Ibu kepada empat anak, percaya dua elemen itu hanya boleh dimiliki menerusi usaha bukannya jalan pintas menggunakan pisau atau jarum suntikan.

6 Tips dari Datuk Sheila Majid untuk kekal cantik remaja:

[:] 1. Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

[:] 2. Bersenam untuk kekalkan stamina.

[:] 3. Makan makanan seimbang dan jangan berlebih-lebihan.

[:] 4. Bersihkan wajah sebelum tidur.

[:] 5. Kenali jenis kulit dengan memilih produk sesuai.

[:] 6. Jangan terikut orang dari segi penggunaan produk.