Thursday 8 December 2016

8 Ciri-Ciri Pasangan Yang Serasi Dengan Anda

Tags


8 Ciri-Ciri Pasangan Yang Serasi Dengan Anda

Pertama : Susah senang bersama  
  • *Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yg sama mengenai hubungan iaitu dari segi tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya. Senang cakap, sanggup susah senang bersama, ketawa & menangis pun bersama.


Kedua : Menerima diri kita seadanya 
  • *Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada wanita yg simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih & redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut. Sebagai wanita pula, anda juga harus reda dengan kekurangan & kelebihan pasangan. Dengan cara ini nyata si dia adalah pasangan yg serasi buat kita.


Ketiga : Menghormati ahli keluarga kita
  • *Jika tiba musim perayaan kita boleh mengukur tahap keserasian pasangan kita. Rancang betul2 jadual pulang bermalam dengan keluarga & patuhi perancangan yg dibuat. Jangan khianati pasangan anda dengan kerenah merajuk yg bukan2 & tak masuk akal. Bila tiba giliran kita, dengan senang hati pasangan akan mengikut kita pula.


Kempat ; Berkongsi menanggung keluarga  
  • *Pasangan itu sesuai dengan kita jika mereka tidak berkira untuk berkongsi wang, masa & tenaga untuk menanggung keluarga. Bila tiba hujung bulan bagikan pendapatan secara sukarela untuk menyelesaikan hutang2 yg ada. Jangan amalkan, 'duit aku, aku punya. Duit kau pun aku punya!' Kalau begitu gayanya, lebih baik anda & pasangan tidak perlu berkahwin.


Kelima : Memiliki cita-cita masa depan yang serupa 
  • *Dua orang yg amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yg mendalam seperti suka melancong atau suka ramai anak. Lebih2 lagi jika mempunyai cita2 masa depan yg serupa. Tindakan yg serentak juga akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.


Keenam : Boleh membaca gerak hati kita 
  • *Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang & hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


Ketujuh : Saling memaafkan antara satu sama lain 
  • *Berkomunikasi dengan mesra & bersemangat menggunakan lidah, mata,hati & bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. Kemudian saling memaafkan & bermaafan sepanjang masa jika ada melakukan kesilapan.


Kelapan : Memiliki wajah yang serupa
  • *Ramai orang beranggapan bahawa jika pasangan itu memiliki wajah yg serupa mereka dianggap sebagai pasangan yang serasi. Adakah pendapat ini benar? Mungkin ya, kerana semakin lama sesebuah pasangan hidup bersama, wajah mereka akan menjadi mirip benar. Sebabnya mereka makan, minum, merasai persekitaran yg sama & juga bergaul dengan kelompok orang yg sama. Jadi jika diperhatikan semakin lama pasangan itu hidup bersama, keserasian mereka amat terserlah. Itu petanda jodoh mereka itu kekal hingga ke akhir hayat.
Penutup : 

*Namun begitu, pendapat di atas hanyalah utk renungan & difikirkan bersama. Kita boleh mewujudkan keserasian antara pasangan dengan usaha & berdoa juga. Untuk serasi bukannya boleh makan setahun dua, ia perlukan masa. Berusahalah agar kita menjadi pasangan yg serasi & hidup dalam keharmonian. Jom sama2 kita berusaha!