Thursday 15 December 2016

8 Petua Untuk Bangun Pagi Dengan Mudah

Tags



[:]Pada hakikatnya tidak ada yang salah dengan menjadi burung hantu..aktif bergerak di malam hari tetapi tidur di malam harinya tetapi masalahnya kita harus mematuhi jadual yang biasanya di siang hari di seluruh dunia. Jika haiwan lain seperti burung2 & ayam mula memngeluarkan suara masing2 di awal pagi semata2 untuk mula mencari rezeki, mengapa tidak kita?

[:]Untuk siapa yang merasa susah bangun di awal pagi, berikut lapan cara yang lebih menyenangkan untuk bergabung dengan golongan makhluk pagi seperti beburung dan ayam.

Pertama : Buatlah rutin malam hari sebagai persediaan untuk keesokannya.

Setengah dari pertarungan untuk bangun pagi adalah tidur pada jam yang sesuai. Mulakanlah rutin malam hari dengan menyiapkan tubuh kita untuk santai dan menempatkan kita dalam gerakan rutin setidaknya 7-8 jam sebelum anda bangun pada keesokan paginya. Ini mampu diamalkan dengan mandi air suam, minum secawan teh chamomile, ambil nafas dalam atau meringkuk di atas katil, berselimut dan membaca atau menulis catatan kita. Ciptakan sebuah ritual yang benar-benar akan membuat kita dapat tidur dengan lena dan menyambut waktu bangun pagi dengan hati terbuka.

Kedua : Matikan televisyen dan komputer pada jam sewajarnya. Televisyen dan internet terlalu menstimulasi prilaku sebelum waktu tidur. Jangan menonton televisyen di tempat tidur dan berhentilah melayari internet lama sebelum rutin tidur kita.

Ketiga : Jauhi kafein. 19 cawan kopi sepanjang hari mungkin yang membuat kita menjadi seekor burung hantu malam. Ganti dengan decaf sedikitnya jam 4 petang, lebih baik jika lebih awal.

Kempat : Makan malam ringan. Makan malam yang berat sebelum waktu tidur dapat mengganggu tidur anda dan membuat anda lebih susah untuk bangun di pagi hari. Tetaplah dengan makan malam yang lebih ringan untuk sementara, seperti sup, sayur-sayuran rebus, dan salad makan malam yang menyihatkan jantung. Seeloknya makan malam pada awal waktu, misalnya sekitar pukul 7 atau 8 malam. Jangan sekali-kali makan pada lewat malam.

Kelima : Buka langsir bilik dan tingkap di bilik. Biarkan udara pagi mengalir masuk ke dalam bilik kita. Lihatlah matahari yang mula menampakkan dirinya dan mula menyinari bilik anda.

Keemnam : Mengetahui motivasi kita. Jika anda ingin bangun pagi hanya kerana kita merasa seperti kita seorang yang kecundang jika kita tetap tidur, itu bukanlah benar-benar apa yang para pakar psikologi sebut motivator positif. kita perlukan satu alasan untuk melakukan sesuatu agar berhasil, tidak hanya alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang lain. Apakah kita ingin pergi kerja sebelum bos kita sehingga beliau dapat melihat kita kelihatan produktif sebaik saja ia melangkah masuk pejabat? Apakah kita ingin memiliki waktu untuk menulis di pagi hari sebelum anak2 bangun? Fikirkan apa yang terlebih dulu memotivasi kita untuk bangun pagi2 dan tulis semua alasan2 itu. Letakkan tulisan-tulisan motivasi kita di depan meja sisi katil kita sebagai peringatan untuk kita lebih “motivated” untuk bangun pagi.

Ketujuh : Buat perjanjian di pagi hari. Jadualkan pertemuan di awal pagi, sesi olahraga di tempat kerja dengan kawan dan pembersihan gigi. Buat kewajiban kita untuk bangun pagi2 tidak hanya untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk orang lain. kita akan lebih bertanggungjawab jika kita tahu ada sesuatu yang menanti kita untuk dilakukan.

Kelapan : Berikan diri kita sebuah penghargaan. Jika kita adalah jenis yang menginginkan penghargaan untuk sebuah pekerjaan yang telah dilakukan dengan baik, maka petunjuk ini istimewa pentingnya. Hanya secawan kopi di kafe kesukaan kita atau 15 minit membaca blog sebelum kita melompat ke bilik mandi, tetapi sekali kita telah menyelesaikan kerja keras kita untuk keluar dari tempat tidur kita yang besar dan nyaman, berikan diri kita sendiri sedikit hadiah.

Diharap cara2 dan langkah2 di atas mampu memotivasikan anda untuk bangun pagi seawal mungkin. Apatah lagi jika anda seorang yang beragama Islam yang mana anda disarankan untuk bangun awal pagi untuk menunaikan ibadat wajib sebelum apa2 kerja yang lain.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share