Tuesday 27 December 2016

Anggota tentera maut dirempuh bas ekspres


[:] Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang diniaki bersama saudaranya dilanggar sebuah bas ekspres dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM61 Jalan Kuching/Sri Aman-Serian di sini malam tadi.


[:] Dalam kejadian 11.20pm itu, mangsa Mohammad Haziq Irsyaduddin Ismail,23, yang bertugas di Markas Tentera Darat Kem Kementah, Kuala Lumpur bersama Eirsard Emier Yahya, 20, dalam perjalanan dari arah Pasar Serian menuju ke rumahnya di Kampung Hulu, Serian.


[:] Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Asisten Komisioner Mathew Manggi berkata, mangsa kemudiannya berhenti di tengah jalan untuk membelok masuk ke simpang kampung tersebut sebelum bas ekspres itu melanggar motosikal tersebut dari arah belakang.


[:] "Akibat rempuhan kuat itu Mohammad Haziq menghenbuskan nafas terakhir di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan luka di bahagian rusuk sebelah kanan.


[:] "Sepupunya Eirsard Emier yang membonceng belakang motosikal itu juga turut mengalami kecederaan parah pada kepala selepas tercampak ke atas bonet sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Sri Aman,"


Sumber Kosmo Online