Wednesday 21 December 2016

Cara-Cara Paling Mudah Buat Jagung Rebus Cheese Leleh

Tags


Cara-Cara Paling Mudah Buat Jagung Rebus Cheese Leleh

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Jagung 6 ketul atau ikut suka andalah, tapi jangan banyak sangat
  • Susu cair 1 tin
  • Susu pekat 3 sudu besar
  • Air secawan
  • 4 sudu butter
  • 2 keping cheese
  • Gula dan garam secukup rasa, pastikan bukan lori garam terbalik.


Cara-cara membuatnya :

  • Rebus jagung dalam 15 ke 20 minit. Selepas itu keluarkan jagung yang sudah direbus itu.
  • Masukkan bahan-bahan seperti susu cair, susu pekat, butter, cheese, gula dan garam. Lepas semua dah sebati, masukkan jagung semula.
  • Tidak perlu lama sangat janji masak kerana jagung pun sudah rebus dahulukan, kalau lama nanti risau lembik pula jagung. tu.

Selamat mencuba guysss..