Friday 9 December 2016

DEMI NYAWAMU WAHAI ABANG, ADIK SANGGUP..

Tags


#Kadang2 kita perlu membuat pilihan memerlukan pengorbanan besar namun yg bagi sesetengah org tak akan sanggup melakukannya.


#Begitu juga bagi Yang Li, 24, wanita dari Hangzhou, sama ada menyelamatkan nyawa abangnya atau bayi dalam kandungannya berusia 12 minggu.


#Daily Mail melaporkan, abangnya, Yang Jun, 29, yang menghidap lymphoma (barah yg menjejaskan sistem imunisasi), memerlukan pemindahan sumsum tulang untuk terus hidup dan hanya sumsum adiknya sesuai untuk diterima.


#Namun, wanita itu pula sedang hamil dan doktor memberi amaran pemindahan sumsum tulang itu boleh menjejaskan bayi dalam kandungannya.


#Ia keputusan amat sukar perlu dibuat oleh Yang Li, memilih sama ada bayi yang belum dilahirkan atau nyawa abangnya.


#Namun, dgn sokongan suami serta mentuanya wanita itu membuat keputusan yg mungkin tidak dipersetujui ramai - nyawa abangnya dan dia sudah menjalani pembedahan menggugurkan kandungannya.


#Doktor akan melakukan pembedahan pemindahan sumsum itu sebaik Yang Li pulih sepenuhnya.


#Kisahnya yang viral di media sosial China mengundang pelbagai reaksi dengan ada yg menganggap Yang Li sebagai wira, tidak kurang pula yang mengkritik. Namun hampir semua mengakui ia pilihan yang sukar


#untuk dibuat keputusan.-Beijing