Friday 9 December 2016

DOA SUPAYA MEMILIKI SUAMI YANG SOLEH ATAU ISTERI YANG SOLEHAH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Setiap lelaki ataupun wanita.. mempunyai impian berkahwin dengan pasangan yang baik, penyayang, alim, warak, pemurah, bertimbang rasa dapat memberi kasih sayang dan bermacam lagi sifat yang baik. Jom share doa ini untuk sahabat2 kita yang lain supaya kita dapat sama2 amalkan doa ini. 

Yg belum berkahwin dan yg sudah kahwin pun boleh juga amalkan doa ini juga supaya Allah SWT memperkenankan doa kita semua. Dengan izin-Nya manusia boleh berubah.Insha Allah..

"Pernikahan itu membina Syurga di Dunia untuk menjamin Syurga di Akhirat. Rumahku, keluargaku, Syurgaku."




Alkhabeethatu lilkhabeetheena walkhabeethoonalilkhabeethati wattayyibatu littayyibeenawattayyiboona littayyibatiola-ika mubarraoona mimma yaqooloona lahummaghfiratun warizqun kareem


Terjemahannya:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.