Saturday 17 December 2016

DOA SUPAYA MENDAPAT MAJIKAN YANG BAIK DAN TETAP DENGAN PEKERJAAN KITA

Gambar sekadar hiasan

[:]Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

[:]Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

[:]Sahabat yang di rahmati Allah,

[:]Bekerja adalah satu ibadah. Ada yang bekerja disatu2 tempat itu sampai bertahun2 lamanya. Ada yang suka lompat dari satu pekerjaan ke satu pekerjaan selepas bosan dengan majikannya atau mendapat tawaran yang lebih baik. Memilih pekerjaan yang sesuai itu tidaklah menjadi satu kesalahan kerana selepas bertahun2 bertungkus lumus belajar siang dan malam. Setelah mendapat segulung diploma atau ijazah, carilah pekerjaan yang baik setanding dengan kelulusan itu.

[:]Yang jadi "fed-up" kepada sesetengah pekerja itu kerana mendapat majikan yang kurang baik, garang, suka marah2 dan juga suasana tempat kerja yang tidak harmoni dan banyak hal2 lain yang merunsingkan hati dan fikiran. Sesetengah majikan menekan pekerja bawahannya serta tegas sehingga rasa tidak senang hati dan timbul perselisihan faham antara pekerja dan majikan. Ada yang bekerja tak sampai tiga bulan dah mula cari pekerjaan lain. Zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja jika memilih sangat. Oleh itu ada beberapa doa yang baik diamalkan supaya tetap dengan pekerjaan dan mendapat majikan yang baik dan "understanding".

[:]Baca doa-doa ini sebelum keluar dari rumah dan apabila sampai di tempat kerja. Insyaallah jika majikan itu yang dahulunya bengis, muka tak pernah senyum, akan menyukai diri anda nanti begitu juga rakan2 sekerja.

[:]Berpatah melayu berbunyi "Batu Yang Bergolek Tidak Akan Mengumpulkan Lumut". Mana naik naik gaji dan pangkat jika asyik tukar pekerjaan.


P/S : Sebelum berdoa bersalawat 3x dan penutup dengan salawat juga.



Maksudnya:
Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.



Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Ayatul Mahabbah).

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.