Wednesday 21 December 2016

Doa Untuk Kebahagia Rumah Tangga

Gambar sekadar hiasan

[:]Bahagia...sesuatu yang rapuh. Mudah hilang dan datang kembali.. Betul tak guyss? Bahagia hidup di dunia dan akhirat dah jadi impian asas setiap pasangan suami isteri. Namun bahagia bukan datang percuma. Ia memerlukan toleransi, jujur, tanggungjawab dan sebagainya.

[:]Kehidupan yg bahagia bagi pasangan suami isteri adalah seperti cahaya yang menyinari seluruh rumah dan isinya. Bahagia suami isteri, insyaa Allah anak2 dan ahli rumah pun ikut gembira. Hidup akan tenang.

[:]Sebagai satu usaha mencari kebahagiaan pasangan suami isteri digalakkan mengamalkan doa bahagia suami isteri di bawah ini, yang sis kongsikan daripada Facebook.



[:]Bagaimana caranya. Mudah saja. Selepas solat lima waktu, suami sedekahkan al Fatihah kepada isteri satu (1) Kali. Dan isteri pun sedekahkan al Fatihah buat suami sebanyak satu (1) Kali juga.

[:]Kemudian dibaca doa bahagia suami isteri daripada surah al Imran: ayat 31, dalam rumi seperti berikut:

"Qul inkuntum tuhibbuu nallah
Fattabi'uu-ni yuhbibkumullah
Wayaghfirlakum zunuubakum
Wallaahu ghofuu rurrahiim..

Maksudnya:
"Katakanlah Ya Muhammad! Jika kamu mengasihi Allah. Maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[:]Semoga doa di atas dapat membantu kita semua menjadi pasangan bahagia, bukan sahaja di dunia tetapi akhirat terutamanya. Innsya Allah..

[:]Sekian sahaja yang dapat sis kongsikan, jangan lupa untuk share.

       Jom like page RESEPI SHEILA RUSLY