Wednesday 14 December 2016

Pesanan Abang Long Fadi.. Gantikan Kata-Kata Biasa Kepada Yang Berpahala!!! -

Tags



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Kita sangat prihatin terhadap produk HALAL, contohnya ubat gigi. Nak pakai yang halal sahaja. Tak nak pakai Amarika punyaaa. Tapi kita lupa nak ambil berat perkataan HALAL yang keluar daripada mulut kita.

Marilah kita mempraktikkannya, dan membiasakannya dan muhasabahkan diriki kita selalu.... Insyaallah.. Jom kita sebut benda yang berpahala.. Contohnya :


  • Perghh gempak gila!! tukar kepada Subhanallah
  • OMG(oh my god) tukar kepada Ya Allah..
  • Tebaik tukar kepada Alhamdulillah..
  • Ok.. Orait.. tukar kepada Innsya Allah..
  • Cilakak.. tukar kepada Masya Allah..
  • Alamak!! lupa la pulak!! tukar kepada Allahumassoli'ala Muhammad
  • Arghh.. pening lak.. tukar kepada Astagfiruallah..
  • Eee.. teruknya.. tukar kepada Na'uzubillah..
  • Opocot tukar kepada Allahu akbar
  • Hek elehh.. tukar kepada La ilaha illallah..


Mudah bukan? betulkan yang biasa, biasa sebutnya.. selamat mencuba!