Thursday 15 December 2016

Subhanallah.. Sanggup bersembunyi dalam beg pakaian untuk melepas diri

Tags




#Polis di bandar sempadan Romania ini terkejut apabila menemui dua wanita di dalam beg pakaian ketika memeriksa beg berkenaan dalam kereta api yang dalam perjalanan ke Vienna.

#Polis sempadan Romania di Curtici memasuki bahagian ruang bagasi kereta api itu apabila mendapati ada yang tidak kena dengan 2 beg berkenaan.

#Mereka menemui dua wanita terbabit di dalam beg itu selepas mengambil keputusan membuka dan memeriksanya.

#Wanita itu, warga Afghanistan dikatakan mahu memasuki Austria secara haram.

#“Selepas menyoal siasat kedua-dua wanita itu, kami memastikan mereka berusia 25 dan 59 tahun serta berasal dari Afghanistan.” - Jurucakap polis Romania