Monday 19 December 2016

Taniah Datuk Siti Nurhaliza



[:]Penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi telah mencipta sejarah apabila mendominasi Anugerah Industri Muzik ke22-AIM22 yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

[:]Penyanyi berusia 37 tahun itu mengungguli anugerah berprestij tersebut apabila memenangi sebanyak 5 kategori.

[:]Datuk Siti Nurhaliza telah memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik (Mikraj Cinta), Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Menatap Dalam Mimpi), Album Terbaik (Datuk Siti Nurhaliza Unplugged), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Menatap Dalam Mimpi.

[:]Kemenangan ini merupakan kemenangan yang kali ke13 pelantun lagu Jaga Dia Untukku itu untuk kategori tersebut.

[:]Selain itu, Datuk Siti Nurhaliza turut memenangi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia yang pertama kali diwujudkan.

[:]Penyanyi Faizal Tahir pula cemerlang apabila menggondol 2 anugerah menerusi kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik untuk lagu Sejati.

[:]Sementara itu pula, penyanyi tersohor Datuk Sheila Majid menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Wirama atas profil kejayaannya sepanjang bergelar anak seni.

[:]Penyani Yuna juga turut menerima anugerah khas Anugerah Kembara kerana kejayaannya menempa nama di persada antarabangsa.