Sunday, 27 December 2015

RESEPI AYAM MASAK HITAM YANG TERSANGAT SEDAP

Tags


[+]Masa Penyediaan: 15 | Memasak: 25 | Keseluruhan: 40 minutes

[+]Jumlah Hidangan : 4

[+]Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

[+]1/2 ekor ayam
[+]4 sudu besar minyak
[+]daun pandan
[+]daun kari
[+]rempah tumis (kayu manis, pelaga,bunga lawang)
[+]1 batang serai (diketuk)
[+]2 sudu besar serbuk jintan putih
[+]3 ulas bawang putih(*)
[+]3 ulas bawang merah(*)
[+]halia(*)
[+]7-10 tangkai cili kering (di kisar halus)
[+]kicap manis
[+]3 sudu besar tomato puree
[+]1 biji bawang besar (di kisar kasar)
[+]1biji tomato (di hiris kasar)

[+]Cara Penyediaan:

[+]Ayam potong sederhana kecil.
[+]Tumbuk kasar bahan bertanda (*)
[+]Perap ayam dengan bahan (*) dan serbuk jintan putih. selama 1/2 ke 1 jam.
[+]Tumis minyak, masukkan rempah tumis, daun pandan dan daun kari.
[+]Masukkan cili kering biar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam, serai, kicap manis secukupnya dan tomato puree. Tambahkan sedikit air (1/2cawan) tutup tudung periuk & biar hingga mendidih.
[+]Masukkan bawang besar & tomato,garam & gulasecukup rasa. Apabila kuah sudah menjadi pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.