Bahan-bahannya ialah:-
Sesuai utk 4 orang makan
1/2 ekor ayam (anggaran 1kg beratnya)
3 ulas bawang putih *
3 biji bawang kecil *
1/2 inci halia *
1/2 inci lengkuas *
1 sudu teh jintan manis *
10 biji cili api - belah 2 (tp x putus) - guna cili kering pun boleh
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 batang serai - diketuk
2 sudu asam jawa sedikit kiub ayam - nak tambah pun boleh juga
Cara-Cara untuk membuatnya ialah :
Ayam di potong sederhana besar dan digoreng hingga kekuningan ( jangan terlalu garing ). Tumbuk atau kisar bahan bertanda * dan ditumis bersama serai hingga kekuningan. Masukkan cili api, bawang besar, air asam jawa dan ayam yang digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan sedikit kiub ayam. Masak hingga kuah agak pekat. Sedia untuk dihidang