Monday, 28 December 2015

RESEPI KANGKUNG GORENG MASAK SAMBAL BELACAN YANG SANGAT SIMPLE

Tags


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(+)1 ikat kangkung
(+)6 ulas bawang merah
(+)2 ulas bawang putih
(+)10 biji cili api
(+)Sedikit belacan
(+)2 sudu besar ikan bilis
(+)Sedikit air
(+)Garam dan gula

Cara-caranya ialah :-

(+)Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
(+)Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
(+)Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
(+)Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).