[+]Ramuan yang perlu anda sediakan ialah:-
[+]Bahan-bahan A
[+]400 gm kuey teow
[+]5 biji telur [ dipukul]
[+]Bahan-bahan B
[+]100 gm udang basah [buangkan kulit]
[+]150 gm ayam [dihiris]
[+]1 biji panjang fish cake [potong nipis]
[+]3 ulas bawang putih [dicincang]
[+]100 gm brokoli [dipotong]
[+]100 gm bunga kobis [dipotong]
[+]100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
[+]5 tangkai baby corn
[+]2 sudu besar minyak masak
[+]2 s/b tepung jagung ]
[+]1 cawan air ] bancuhkan
[+]1 cawan air rebusan ayam
[+]2 s/b sos tiram
[+]1 s/b lada sulah { 1/2 sudu besar je takut terlebih pedas pulak }
[+]garam
[+]minyak
[+]Cara-cara Penyediaan ialah:-
1. [+]Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan. {buat untuk 1 portion untuk 1 biji telur pun boleh juga }
2. [+]Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. [+]Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. [+]Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. [+]Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. [+]Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas
Sumber: NURHAZIRAH BINTI MAMAT