Saturday, 19 December 2015

RESEPI MEE HAILAM SEDAP DAN SANGAT SIMPLE

Tags


Bahan-Bahannya Adalah:-

(*)1/2 kg. mee kuning
(*)1/4 kg daging ayam dan daging lembu
(*)10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
(*)3 ulas bawang putih [*]
(*)3 ulas bawang merah [*]
(*)1 sudu besar cili boh
(*)1 ikat sawi hijau
(*)1 potong kobis
(*)1/2 batang lobak merah
(*)1 bungkus ‘baby corn’
(*)2 tangkai daun sup dan daun bawang
(*)2 biji limau nipis
(*)1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
(*)Sos cili
(*)Sos tomato
(*)Kicap

[*] Ditumbuk terlebih dahulu
[*] Ayam dan daging direbus dahulu

Cara-Cara Membuatnya Adalah:-

(*)Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
(*)Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
(*)Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
(*)Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)
(*)Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
(*)Kemudian anda masukkan mee.
(*)Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
(*)Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
(*)Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
(*)Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
(*)Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
(*)Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap.

Selamat Mencuba Ye Uollss