Bahan-Bahannya adalah:
(*)Mee Sanggul – 3,4 Gulung
(*)Perencah Sup – 1 Sudu Besar
(*)Daging Lembu – 100gm
(*)Bawang Putih – 5 Ulas (dicincang)
(*)Cili Api – 8 Biji
(*)Serbuk Lada Hitam – 1 Sudu Kecil
(*)Minyak masak – 4 Sudu Besar
(*)Kicap Manis – 5 Sudu Kecil
(*)Kicap Pekat – 1 Sudu Kecil
(*)Limau Kasturi – 2 Biji (ambil jusnya sahaja)
(*)Sos Ikan / Sos Soya – 1 Sudu Kecil
(*)Cuka – 1 Sudu Kecil
(*)Daun Bawang & Daun Sup (dihiris)
(*)Air Secukupnya
(*)Garam Secukup Rasa
[+]Cara-Cara Memasaknya adalah:
[+]Cara-Cara Memasak Sup adalah:
1. (*)Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
2. (*)Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
3. (*)Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
[+]Cara-Cara Memasak Mee adalah :
1. (*)Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
2. (*)Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
3. (*)Masukkan pula mee yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
4. (*)Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
5. (*)Di dalam kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
6. (*)Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.
Cara-Cara Memasak Sambal adalah:
1. (*)Tumbuk/kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
Cara-cara Menghidang adalah:
1. (*)Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan.
2. (*)Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang.
3. (*)Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dengan daun sup sebagai kuahnya jika suka.