Sunday, 27 December 2015

RESEPI NASI DAGING AIR ASAM TURUN TEMURUN

Tags


(^)Masa Penyediaan: 30 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 50 minit

(^)Jumlah Hidangan : 6 orang makan

(^)Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(^)4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
(^)500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
(^)5 cawan air rebusan daging
(^)1 cawan sudu cair
(^)1 helai daun pandan, carik dan simpul
(^)2 1/2 sudu besar rempah kurma
(^)1 batang serai, dititik
(^)3 sudu besar minyak sapi
(^)1 -2 sudu besar minyak sayuran
(^)1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
(^)Sedikit kismis hitam

(^)Bahan-bahan untuk rebusan daging:-

(^)1 sudu besar rempah kurma
(^)2 inci halia, hiris nipis
(^)Air dalam anggaran 7 cawan lebih

(^)Bahan-bahan yang untuk ditumis:-

(^)1 biji bawang besar, hiris nipis
(^)5 ulas bawang putih, hiris nipis
(^)3 kuntum bunga lawang
(^)2 batang kayu manis
(^)4 kuntum bunga cengkih
(^)6 biji buah pelaga

(^)Bahan-bahn untuk air asam ialah:-

(^)1 biji bawang besar, hiris nipis
(^)2 biji tomato, potong kecil
(^)6 biji cili merah, potong kecil
(^)1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
(^)1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
(^)2 sudu besar sos ikan Thai
(^)3 sudu besar gula
(^)1-2 sudu kecil garam
(^)1 sudu besar kerisik
(^)Sedikit perahan jus limau nipis

(^)Cara Penyediaannya ialah:-

(^)Cara untuk memasaknya ialah:-

(^)Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
(^)Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
(^)Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
(^)Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
(^)(^)Cara untuk air asam:
(^)Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

(^)Tips yang harus anda tahu:-

(^)Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.