(Sesuai untuk 4-6 orang makan)
(*)Bahan-Bahan untuk Nasi Kandar Kari Ayam Kering Penang Style
[+]3 mug beras (mug setinggi 4 inci.)
[+]4½ mug air
[+]2 inci halia (diketuk)
[+]4 ulas bawang putih (diketuk)
[+]2 sudu besar majerin
[+]3 ketul kuib ayam
[+]2 helai daun pandan
(*)Bahan-bahan untuk Kari Ayam Kering Penang Style
[+]9 biji Bawang Merah Kecil
[+]4 ulas Bawang Putih
[+]3 batang Kayu Manis
[+]4 biji Bunga Cengkih
[+]Cabai Kering
[+]2 biji Tomato
[+]Serbuk Kari Ayam
[+]1 dada Ayam
[+]1 Yogurt
[+]2 cawan Beras
[+]2 helai Daun Pandan
[+]Daun Kari
[+]Air Mawar
(*)Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan Nasi Kandar Kari Ayam Kering Penang Style
[+]1 batang timun (dihiris)
[+]2 biji buah tomato (dihiris)
[+]Salad (dihiris)
[+]Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup)
[+]Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong)
(*)Sos Sampingan Untuk Nasi Kandar Kari Ayam Kering Penang Style
[+](Ikut kegemaran masing-masing)
[+]Sos Tomato
[+]Sos Cili
[+]Sos Cili Pedas
[+]Sos Cili Bawang Putih
[+]Sos Cili Thai
(*)Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Kandar Kari Ayam Kering Penang Style
1) [+]Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam.
2) [+]Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
3) [+]Panaskan periuk dan cairkan majerin.
4) [+]Masukkan bawang putih dan halia.
5) [+]Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.
6) [+]Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
7) [+]Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.
8) [+]Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.
9) [+]Leraikan dengan garfu setelah nasi masak.
(*)Cara-Cara untuk Menyediakan Kari Ayam Kering Penang
1) [+]Hiris 5 biji bwang merah kecil, 4 biji bawang putih dan tomato di belah 4.
2) [+]Selepas itu 4 cabai kering di belah 2.
3) [+]Dada ayam dipotong kuib.
4) [+]Panaskan kuali dengan 5 sudu minyak, kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, 4 biji bunga cengkih dan satu kayu manis.
5) [+]Apabila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan cabai kering dan 3 sudu besar serbuk kari.
6) [+]Kacau sehingga ayam itu masak dan kemudian masukkan tomato.
7) [+]Masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
8) [+]Renehkan sehingga agak hampir kering dan masukkan yogurt.