Monday, 28 December 2015

RESEPI SUP AYAM SEDAP AIRTANGAN SENDIRI

Tags


bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[+]Separuh ayam
[+]2 biji kentang potong empat
[+]Sebiji lobak segar dipotong 4 dipotong besar
[+]1 bunjut sup
[+]1 biji bawang besar dipotong nipis
[+]5 biji bawang putih diketuk-ketuk
[+]2 inci halia racip halus
[+]Air secukupnya

Cara Cara untuk memasak ialah:-

[+]Masukkan kesemua bahan tadi kecuali daun sup ke dalam periuk dan panaskan api.
[+]Apabila sudah menggelegak, masukkan sedikit garam dan penambah perasa. Kacau sehingga rata.
[+]Teruskan memasak sup tersebut menggunakan api sederhana perlahan sehingga ayam dan kentang empuk.
[+]Akhir sekali masukkan daun sup dan kacau rata.
[+]Sedia untuk dihidangkan. Boleh juga letak bawang goreng untuk menambah sedap.