Kuih tepung pelita merupakan kuih yang palis laris sekali ketika dibulan Ramadhan. Setiap kali tibanya bulan, pastinya kuih ini menjadi salah satu hidangan membuka puasa.
Kuih ini diisi dalam bekas yang diperbuat daripada daun pisang. Tapi sekarang orang nak cepat dan mudah...taruk dalam bekas pun ada. Senang, boleh recycle balik.
Tapi tentunya Tepung Pelita berdaun pisang lagi enak rasanya.
Mari kita lihat bagaimana cara senang untuk membuat kuih ini.
Bahan-bahan (15-20 kelonsong daun pisang)
Daun pisang
(Bahagian bawah)
1 cawan tepung beras
3/4 gula pasir
pewarna hijau atau perasa pandan
(Bahagian atas)
1 cawan tepung beras
1 1/2 kotak santan
garam sedikit
1) Cara buat acuan daun pisang
Ambil tapak kotak santan segera dan ukur daun pisang mengikut kotak tersebut.
Layurkan daun pisang sehingga lembut kemudian koyakkan daun pisang mengikut ukuran kotak itu.
Susun melintang daun pisang yang sudah dilayur dan lipat dulu arah lebar keatas dan barulah dibahagian sisi. Pastikan sama rata jika tidak ia akan senget. Staplerkan daun pisang itu.
2) Cara masak kuih
Untuk bahagian bawah.
Masukkan tepung beras dan air 3 cawan sukatannya sama dengan tepung tadi ,gula dan pewarna.
Kacau selalu sampai dia likat dan tutup api dapur.
Masukkan adunan itu ke dalam kelonsong daun pisang setengah dari bekas kelonsong tu.
*Tips kuih ini adalah...sebelum masukkan adunan atas...taburkan satu sudu kecil gula di atas adunan bahagian bawah. Selepas itu baru masukkan adunan bahagian atas.
Untuk bahagian atas.
Masukkan tepung dgn 3 cawan air juga, santan serta garam.
Kacau sampai likat. Tutup api dapur dan masukkan adunan itu ke dalam kelonsong tadi.
Isi semua kelonsong tersebut.
Masukkan kedalam peti dan selepas itu sedia di makan.