Sunday, 10 January 2016

5 PETUA UNTUK MERAWAT SENGGUGUT YANG ANDA KENA TAHU


Petua pertama : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang, dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua kedua : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi, didahulukan dengan selawat.


Petua ketiga : Minum air rebusan rumput jarum  emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa  kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua keempat : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada  hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .


Petua kelima : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air  teh pahit tanpa gula

jika anda amalkan petua-petua ini in sha allah akan berhasil.