Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
[']1 ekor ayam (atau tulang tulang ayam lebihan roasted chicken )
[']1 batang karot - hiris
[']1 pelepah celery - hiris
[']1 biji bawang besar - hiris
[']4 ulas bawang putih - ketuk
[']1- 2 helai daun parsley
[']Bay leave
[']Garam
[']Lada hitam - tumbuk kasar
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
[']Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk. Boleh juga jika ingin dimasuk cider vinegar dan biarkan seketika sebelum di masak atas api.
[']Masak dengan api perlahan perlahan hingga mendidih (simmer). Sendukkan bahan lemak dari permukaan dari masa ke semasa. Masak selama 2 - 3 jam.
[']Tapis dalam bekas lain untuk mendapatkan air rebusan ayam yang jernih
[']Buangkan kesemua sayuran. Isi ayam di ambil dan di siak siak kecil untuk dimasukkan ke dalam sup atau dibuat chicken salad.
[']Rebusan tadi disejukkan di dalam peti sejuk sekejap atau satu malam bagi membolehkan kita membuang lelemak yang membeku di permukaan bagi mendapatkan chicken broth yang jernih.
[']Chicken broth boleh disimpan di dalam bekas untuk diguna di masa depan dan disimpan di dalam peti sejuk atau freezer untuk disimpan dalam jangkamasa lebih lama.
Nota Penting:-
[']Kali ini saya menyediakannya chicken broth dengan menggunakan slow cooker sahaja.
Menyediakan Sup Pula:-
[']Panaskan chicken broth secukupnya. Masukkan garam, lada sulah dan wantan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.