Sunday, 3 January 2016

DOA UNTUK KEKASIH HATI YANG PALING DISAYANGI


(^_^)Dengan nama Allah,
(^_^)Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
(^_^)Ya Allah…
(^_^)Seandainya telah Engkau catatkan,
(^_^)Dia milikku tercipta buatku,
(^_^)Satukanlah hatinya dengan hatiku,
(^_^)Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
(^_^)Agar kemesraan itu abadi …
(^_^)Ya Allah…
(^_^)Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
(^_^)Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
(^_^)Ketepian yang sejahtera dan abadi,
(^_^)Maka jodohkanlah kami…
(^_^)Tetapi Ya Allah…
(^_^)Seandainya telah Engkau takdirkan,
(^_^)Dia bukan milikku,
(^_^)Bawalah dia jauh dari pandanganku,
(^_^)Luputkanlah dia dari ingatanku,
(^_^)Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
(^_^)Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
(^_^)Berikanlah aku kekuatan,
(^_^)Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
(^_^)Hilang bersama senja yang merah,
(^_^)Agar ku sentiasa tenang,
(^_^)Walaupun tanpa bersama dengannya…
(^_^)Ya Allah…
(^_^)Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
(^_^)Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
(^_^)Adalah yang terbaik untukku,
(^_^)Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
(^_^)Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
(^_^)Ya Allah…
(^_^)Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
(^_^)Di dunia dan di akhirat,
(^_^)Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
(^_^)Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
(^_^)Di dunia ini mahupun di akhirat,
(^_^)Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
(^_^)kemungkaran,
(^_^)Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
(^_^)agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
(^_^)Ke jalan yang Engkau redhai,
(^_^)Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…
(^_^)Ya Allah…
(^_^)Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
(^_^)Dan peliharalah kami dari azab api neraka,
(^_^)AMIN… AMIN… AMIN…
(^_^)YaRabbal’aalamiin…