(*)Bahan-bahan perlu anda sediakan ialah:-
[+]1 1/2 cawan beras
[+]1 inci halia (hiris halus)
[+]Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam
[+]Sedikit isi ayam (potong kecil)
[+]Air secukupnya
[+]1 biji lada merah
[+]Sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
[+]Bawang goreng
[+]Ikan bilis goreng
[+]Sedikit minyak bijan
(*)Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
[+]Masukkan air untuk rebus ayam sehingga empuk. Pastikan air rebusannya banyak untuk masak nasi, dan untuk 'kuah' bubur. Kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam.
[+]Basuh beras sehingga bersih dan masukkan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa takut nasi kembang dan kering.
[+]Semasa memasak nasi, kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.
[+]Selepas bubur dah masak, masukkan halia, serbuk perasa dan garam.
[+]Masukkan hirisan isi ayam ke dalam bubur.
[+]Siap. Hidangkan bersama hirisan lada merah, bawang goreng, ikan bilis goreng dan daun bawang/sup serta masukkan beberapa titik minyak bijan.