Thursday, 7 January 2016

RESEPI DAGING GORENG BEREMPAH PALING SEDAP

Tags


(+)Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(*)250 gm daging
(*)Sedikit garam dan serbuk kunyit
(*)Sedikit minyak
(*)1 sudu makan penuh serbuk kari
(*)1 biji tomato - potong 6
(*)Daun bawang - dipotong
(*)1 sudu besar sos tiram
(*)1 sudu kecil kicap manis

(+)Bahan-bahan hiris pula ialah:-

(*)1 labu bawang besar saiz sederhana
(*)1/2 inci halia
(*)1 biji cili merah
(*)2 ulas bawang putih

(+)Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

(*)Daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dengan air dalam kuali sehingga daging empuk. Saya rebus terlebih dahulu menggunakan pressure cooker.

(*)Setelah daging lembut dan empuk, masukkan sedikit minyak dan goreng seketika sehingga agak dagingnya bergoreng (bukan seperti daging rebus). Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi dan goreng seketika.

(*)Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.