Saturday, 9 January 2016

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN

Tags


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

{+}1 cawan tepung gandum
{+}1 cawan gula
{+}1 cawan air pandan
{+}1 cawan santan
{+}1 cawan susu cair
{+}3 biji telur
{+}Sedikit pewarna hijau - (boleh guna pes pandan)
{+}Sebagai hiasan - (letak sedikit bijan)

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

{+}Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.

{+}Blender hingga sebati.

{+}Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya. Taburkan bijan (jika suka).

{+}Bakar selama 40 minit pada suhu 180c hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak @ garing bolehlah tambah masa membakar. Saya bakar selama 1 jam untuk menghasilkan kerak yang banyak.