Friday, 8 January 2016

RESEPI KUIH TALAM CENDOL KESUKAAN RAMAI

Tags


untuk Lapisan bawah:-

Bahan-bahan A

[*]200 gm tepung beras
[*]250 ml santan pekat
[*]450 ml air
[*]1 sb tepung jagung
[*]150 gm gula caster
[*]1 sk garam
[*]200 gm cendol - tapiskan,ambil cendol

Cara-Cara untuk membuatnya ialah:-

[*]Satukan tepung beras, tepung jagung, air dan santan pekat. Tapis kedalam periuk. Masukkan gula kaster dan garam.

[*]Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).

[*]Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. Masukkan ke dalam loyang 10x10x2 yang telah di alas dengan plastik dan disapu dengan sedikit minyak.

[*]Kukus selama 25 minit. Selepas masak, cakar-cakar permukaan atas dengan garpu.

untuk Lapisan Atas:-

Bahan-bahan A:-

[*]300 gm gula merah
[*]50 gm gula kastor
[*]500 ml air
[*]2 helai daun pandan (opsyenal)

Bahan-bahan B:-

[*]150 gm tepung gandum
[*]1 sb tepung jagung
[*]3 biji telur
[*]250 ml santan pekat
[*]1/2 sk garam

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

[*]Masak bahan A sehingga gula hancur dan disejukkan sebentar.

[*]Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis dan masukkan ke dalam periuk.

[*]Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat tau, masak sekejap saja). Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit