Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
[']200gm lala
[']4 sudu sos tiram
[']4 sudu sos cili
[']4 ulas bawang putih yang dikisar
[']1 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
[']1 sudu sos plum
[']50gm nenas
[']50gm timun
[']1 biji bawang besar yang dihiris
[']1 biji cili benggala merah yang dihiris halus
[']Garam
Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-
1. [']Tumiskan bawang putih dan cili boh hingga menjadi garing.
2. [']Kemudian masukkan timun, nenas, bawang besar dan cili benggala merah dan biarkan seketika.
3. [']Selepas itu anda masukkan pula lala, sos cili, sos tiram, sos plum dan jus limau nipis.
4. [']Setelah di campurkan semuanya anda masukkan garam mengikut citarasa anda.
5. [']Kulit lala akan terbuka apabila ianya telah masak.