Thursday, 7 January 2016

RESEPI PUDING CHEESE YANG BEST

Tags


Saiz 8" persegi

[+]Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[-]13gm serbuk Agar-Agar
[-]1 liter air
[-]120g gula
[-]3 biji telur
[-]120-150g biskut cheese [di blend halus]
[-]1 sb tepung kastad
[-]400ml susu cair/susu segar
[-]200gm susu pekat
[-]50gm mentega


[+]Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

[-]Masak serbuk agar agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.

[-]Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastad. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati.

[-]Tuangkan ke dalam adunan agar agar tadi dan tutup api apabila mendidih. Akhir sekali, masukkan mentega sehingga sebati.

[-]Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk di suhu bilik. Sejukkan sebelum di hidangkan.