Friday, 8 January 2016

RESEPI RENDANG AYAM YANG MARVELLOUS

Tags


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(!)1 ekor ayam
(!)1 1/2 helai daun kunyit - hiris halus
(!)1 paket kerisik
(!)3 pek plastik kecil santan
(!)Garam
(!)Gula
(!)1 keping asam keping

Bahan-bahan untuk di kisar ialah:-

(!)8 ulas bawang merah
(!)1/2 biji bawang besar
(!)5 - 6 ulas bawang putih
(!)15 tangkai cili kering - ikut pedas yang anda suka
(!)5 hiris lengkuas
(!)1 inci halia
(!)1 inci kunyit hidup
(!)3-4 batang serai

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

(!)Kisar semua bahan bahan di atas dan masukkan ke dalam kuali bersama ayam dan santan.

(!)Masak sehingga mendidih dan hampir kering. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping.

(!)Bila dah hampir keluar minyak, taburkan daun kunyit yang telah dihiris. Kacau rata dan bolehlah tutup api.