Monday, 4 January 2016

RESEPI TELUR IKAN MASAK LEMAK CILI API YANG SANGAT SEDAP

Tags


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

["]Telur ikan
["]6 biji cili api
["]1/2 inci kunyit hidup
["]6 biji belimbing buluh
["]1/2 helai daun kunyit
["]1 pek santan
["]Garam

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

["]Kisar cili api dan kunyit bersama sedikit santan. Masak bahan kisar bersama santan dengan api perlahan, sambil terus dikacau.
["]Bila hampir mendidih, masukkan telur ikan dan daun kunyit, terus masak sehingga telur ikan masak.
["]Akhir sekali, masukkan belimbing buluh dan garam secukup rasa. Kalau tak ada belimbing buluh, bolehlah masukkan sedikit asam keping.