Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
[*]1 kg udang [gunting separuh dari kepala]
[*]2 sudu besar asam jawa campur air & jadikan jus [guna 1 sudu kecil pes asam jawa]
[*]1 - 2 sudu kecil garam halus
[*]6 ~ 7 sudu besar gula - guna 7
Bahan-bahan Kisar pula:-
[*]100 gm cili kering [pilih jenis pedas]
[*]Sebesar 50 sen belacan [kisar dengan cili ] [tak guna]
[*]10 ~ 15 biji bawang merah
[*]5 ulas bawang putih
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
[*]Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.
[*]Kisar cili dan belacan. Kemudian kisar pula bawang merah dan bawang putih.
[*]Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis dapat ditumis garing supaya sambal tahan lama. Boleh guna minyak lebihan mengoreng udang tadi, tapi panaskan dahulu minyak tu semula hingga hilang air udang.
[*]Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan cili dan belacan yang dikisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak.
[*]Bila cili dah garing masukkan air asam jawa. Lepas tu perasakan dengan garam. Kemudian masukkan gula. Gula ni letak banyak sebab sambal kalau manis-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
[*]Biar merenih kejap kemudian barulah masukkan udang yang dah digoreng tadi. Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar manis airnya baru tutup api dan sedia di hidangkan.